Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Thursday, October 29, 2009

Dementieva luar biasa (Kosmo Online)

Dementieva luar biasa


REAKSI Dementieva selepas menewaskan Venus Williams pada aksi pertama Kumpulan Merah Kejuaraan Tenis WTA di Doha kelmarin.


DOHA - Bintang Rusia, Elena Dementieva mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menewaskan juara bertahan, Venus Williams pada aksi pertama Kumpulan Merah Kejuaraan Tenis WTA kelmarin.

Dementieva yang diletakkan selaku pilihan kelima pada kejohanan akhir musim itu menang dalam pertarungan tiga set 3-6, 7-6, 6-2.

Pada aksi kelmarin, Venus mendahului 6-3, 3-1 sebelum Dementieva bangkit memenangi dua set berikutnya untuk kemenangan ketiganya ke atas pemain Amerika Syarikat itu dalam 12 pertemuan.

"Sudah lama saya tidak menewaskan Venus dan kali ini saya berjaya," jelas Dementieva yang kali terakhir menewaskan juara Grand Slam tujuh kali itu pada tahun 2004.

"Saya hanya fokus untuk memberi tentangan dalam setiap mata dan saya cukup gembira kerana berjaya menewaskan Venus. Ia adalah kemenangan yang penuh emosi."

Pada aksi seterusnya, Dementieva akan berdepan adik Venus, Serena dalam misinya menjuarai Kumpulan Merah, sekali gus melangkah ke pusingan kalah mati pada kejohanan yang menampilkan lapan pemain wanita terbaik dunia itu.

Serena sebelum itu turut mencatat kemenangan pertama selepas menewaskan juara Terbuka Perancis, Svetlana Kuznetsova 7-6, 7-5.

"Ia akan menjadi minggu yang cukup mencabar buat saya," jelas Serena yang kini dalam misi merampas kembali gelaran pemain wanita No. 1 dunia daripada cengkaman Dinara Safina.

Bagi persaingan Kumpulan Putih, pendatang baru, Victoria Azarenka melakar kejutan awal apabila menewaskan bekas pemain No. 1 dunia, Jelena Jankovic, 6-2, 6-3.

"Saya puas hati kerana berjaya memenangi perlawanan ini dan saya akui, dia (Jankovic) tidak berada pada prestasi terbaik," jelas Azarenka. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...