Promosi Istimewa Untuk Pengunjung Blog Ini

Sahabat Blog Bola Sepak

Friday, October 30, 2009

Bintang muda ciptaan Wenger (Kosmo Online)



MERIDA (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukan pada aksi Piala Liga menentang Liverpool di Stadium Emirates kelmarin. Arsenal menang 2-1.


LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger meramalkan, pemain-pemain mudanya mampu mencapai tahap tertinggi dalam permainan bola sepak selepas berjaya menewaskan Liverpool pada pusingan keempat Piala Liga kelmarin.

Wenger tidak menurunkan pemain bintangnya pada pertemuan yang menyaksikan The Gunners menang 2-1 ke atas The Reds di Stadium Emirates.

Gol daripada Fran Merida pada minit ke-19 dan Nicklas Bendtner (50) sudah cukup untuk menewaskan Liverpool yang memperoleh gol sagu hati menerusi jaringan cantik Emilia- no Insua (26).

Namun, kualiti permainan yang dipamerkan oleh anak-anak buah Wenger itu berjaya menarik perhatian seluruh peminat di Emirates.

"Saya rasa kualiti yang kami tunjuk- kan telah membuatkan perlawanan ini seperti aksi Piala Eropah," kata Wenger.

"Pemain kami beraksi dengan baik, hantaran mereka juga sangat bagus. Permainan juga amat pantas dan kami berjaya memberi kepuasan kepada penonton dengan kualiti hebat kami, dan saya sangat gembira mengenainya.

"Semua pemain bermain dengan baik. Mentaliti mereka juga sangat menakjubkan apabila Liverpool berjaya menyamakan kedudukan.

"Ia sangat mengagumkan dan ia juga menunjukkan mengapa kami tidak perlu berbelanja besar membawa pemain baru setiap musim.

"Hampir kesemua pemain muda ini sudah bersedia untuk diserapkan dalam skuad utama. Saya rasa semua yang bermain hari ini (kelmarin) akan mencapai tahap terbaik mereka dalam bola sepak sedikit masa lagi." - AFP

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RSS Sinar Harian: Sukan

Berita Harian: Sukan

Harian Metro: Arena